12.1 C
London
Wednesday, May 18, 2022

Ford Ranger Wildtrak Sport Special Edition – RM158k

- Advertisement -
- Advertisement -spot_img

Ford telah mendedahkan Ranger Wildtrak Sport Special Edition di Petaling Jaya semalam, yang ditawarkan dengan harga atas jalan bermula dari RM158,388 tanpa insurans di Semenanjung Malaysia.

Ia berasaskan varian Wildtrak dengan badan pikap dual-cab, yang dilengkapi penjana kuasa 2.0 liter biturbo diesel dengan output 213 PS/500 Nm dan transmisi automatik 10-kelajuan.

Wildtrak Sport Special Edition menawarkan rekaan baharu bagi gril hadapan, cermin sisi dalam rona Ebony Black, pemegang pintu hitam dan roda aloi 18-inci dalam kemasan hitam (tayar berukuran 265/60R18). Untuk bahagian dalamnya, ia diberikan scuff plate untuk ambang hadapan dengan setiap satunya ditampilkan logo ‘Ranger’, selain tempat duduk kulit serta roda stereng dengan jahitan kontras.



Selain itu, ia turut diberikan sistem bantuan pemandu yang merangkumi brek kecemasan sendiri (AEB) dengan pelindung pejalan kaki dan kenderaan, amaran pelanggaran hadapan dan bantuan serta amaran ketibaan lorong.

Seperti Wildtrak “biasa”, Wildtrak Sport Special Edition turut diberikan enam beg udaram pengingatan tali pinggang keledar pemandu dan penumpang hadpaan, kawalan kestabilan dan cengkaman, trailer sway control, kawalan menurun bukit, kawalan mula mendaki, penderian parkir hadapan dan belakang, cagak ISOFIX dan MyKey.

Ciri kelengkapan lain yang turut diberikan termasuk kawalan kelajuan adaptif dengan pengehad kelajuan boleh laras, dwi paparan intrumen TFT empat-inci, infotainmen Sync 3 dengan skrin sesentuh lapan-inci bersama sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth, pengesan suara, navigasi, tiga USB port dan sistem bunyi bersama enam-pembesar suara.

Untuk bekalan elektrik, ia diberikan soket 12-voltan untuk penumpang hadapan, sementara corong AC 230-voltan pada kadar 150 watt turut diberikan.Di Malaysia, Ford Ranger Wildtrak Sport Special Edition turut ditawarkan dengan pakej cermin gelap pada harga RM2,700 dan perakam video digital definisi tinggi berharga RM1,199. Pilihan warna untuk Ranger Wildtrak Sport Special Edition ialah Saber (seperti dalam gambar) dan Absolute Black.




















The post Ford Ranger Wildtrak Sport Special Edition – RM158k appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Latest news
- Advertisement -
Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here