Volkswagen Amarok serba baru akan tiba tahun depan

0
103

Volkswagen Commercial Vehicles secara rasminya telah memberitahu bahawa mereka akan mendedahkan Amarok serba baru tahun hadapan. Trak pikap ini dibangunkan oleh pasukan Volkswagen di Australia dan Eropah, manakala pengeluaran pula akan dibuat di Silverton, Afrika Selatan.

Model baru yang akan didedah ini adalah model generasi ketiga, dan ia dijangka mempunyai banyak persamaan dengan Ford Ranger T6 baru (satu hasil kerjasama Ford dengan Volkswagen), termasuklah kemungkinan untuk enjin dan transmisi.

Amarok akan mempunyai bentuk serba baru di luar dan dalam, dan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu yang lebih maju. Seorang ahli lembaga pengarah Volkswagen, Dr Lars Krause memberitahu bahawa tahap ciri sambungan pada kenderaan ini juga akan menarik perhatian pelanggan, dengan mempunyai “inovasi yang tidak pernah dilihat dalam segmennya.”

Daripada lukisan yang disiarkan sebagai teaser ini, kita boleh melihat lekuk atas bonet yang jelas serta lengkuk roda yang kembang di bahagian tepi. Pada bahagian tengah gril, terdapat jalur LED yang menyambungkan antara lampu kiri dan kanan.

Pada bahagian dalam pula, kita boleh melihat dua skrin digital, iaitu di hadapan pemandu untuk instrumen dan di tengah, terletak menegak untuk sistem infotainmen. Ciri lain yang boleh dilihat adalah seperti tombol gear pendek, butang pemula enjin, tempat duduk dua tona warna serta bumbung suria

The post Volkswagen Amarok serba baru akan tiba tahun depan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here