Kia Niro 2022 tiba di M’sia pada Q4 2022 – hibrid CBU dahulu, kemudian CKD dengan versi PHEV, EV?

0
145

Satu lagi model kereta yang tersenarai dalam rancangan Bermaz untuk Kia, yang bakal diperkenalkan di negara ini ialah Niro baharu, yang telah didedahkan bulan lalu. Menurut laporan analisis dari RHB Investment Bank dan Kenanga Research, crossover ini akan dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun hadapan.

Beberapa minggu lalu, Bermaz telah mengadakan taklimat media mengumumkan perancangannya untuk memproduksi unit pemasangan tempatan (CKD) pada tahun 2023, jadi model yang bakal dibawa masuk hujung tahun ini mungkin unit import sepenuhnya (CBU). Tidak seperti kenderaan elektrik yang berada dalam senarainya, Niro tidak ada tanda EV pada namanya, jadi mungkin yang bakal diperkenalkan terlebih dahulu adalah versi hibrid.

Bermaz juga telah mengesahkan bakal memperkenalkan versi plug-in hybrid dan elektrik-sepenuhnya untuk Niro, tetapi kena tunggu produksi tempatan bermula. Walau bagaimana pun, Kia belum mengumumkan perincian teknikal untuk model generasi kedua baahru, tetapi telah pun menyebarkan imej rekaannya. Di mana rekaannya banyak diambil dari model konsep HabaNiro (termasuk lampu belakang menegak yang menyerlah) dan juga papan pemuka asymmetrical.





The post Kia Niro 2022 tiba di M’sia pada Q4 2022 – hibrid CBU dahulu, kemudian CKD dengan versi PHEV, EV? appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here