12.4 C
London
Monday, May 23, 2022

VCM siar teaser Volvo V60 – wagon Recharge T8 PHEV ini akan dilancarkan di Malaysia, CKD tak lama lagi?

- Advertisement -
- Advertisement -spot_img

Volvo Car Malaysia (VCM) telahpun menyiarkan imej kembar wagon untuk model sedan Volvo S60, iaitu Volvo V60 di laman-laman sosial mereka, dipercayai sebagai teaser sebelum ia dilancarkan secara rasmi di sini. Model tersebut telah pun didedahkan diperingkat global pada Februari 2018, dan kemudian pernah dilihat beberapa kali dipandu di atas jalan raya Malaysia pada 2019, tetapi ia masih belum dilancarkan di sini sehingga sekarang.

Menerusi teaser yang disiarkan tersebut, Malaysia mungkin akan menerima V60 dengan spesifikasi yang sama seperti S60, iaitu model dengan unit janakuasa plug-in hybrid (PHEV) T8 yang kini dijenamakan sebagai Recharged, dan dihasilkan dalam versi pemasangan tempatan.

Ini adalah kerana Thailand telah pun menerima pasangan V60 dan S60 ini dalam varian Recharge T8, yang diimport dari kilang Volvo di Malaysia yang terletak di Shah Alam. Malah imej V60 yang dilihat sedang dicaj semula dalam gambar teaser berkenaan menguatkan lagi jangkaan ini.

Bagi pasaran Thailand, Volvo V60 Recharge berkenaan menerima unit rangkaian kuasa gandingan enjin Drive-E 2.0 liter yang disuap pengecas turbo dan supercharger berkuasa 320 hp/400 Nm, bersama motor stater/generator bersepadu dengan aci engkol serta kotak gear automatik Aisin lapan kelajuan bagi memacu roda hadapan, dan juga motor elektrik berkuasa 87 hp/240 Nm pada gandar belakang.

Ia bukan sahaja menjadikan V60 tersebut sebuah model pacuan semua roda, malah dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 407 hp/640 Nm. Ini membolehkan wagon tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 180 km/j yang dihadkan oleh Volvo sebagai inisiatif mereka bagi mengurangkan kemalangan maut.

Bagaimana dengan harga Buat masa sekarang, kembar sedannya iaitu S60 Recharge T8 R-Design CKD dijual di Malaysia dengan harga atas jalan tanpa insuran RM282,540, termasuk pengecualian sepenuhnnya cukai jualan. Di Thailand pula, V60 ini dijual pada harga bermula 2.29 juta baht (RM286,185), manakala versi sedan S60 dijual lebih murah dengan harga bermula 2.19 juta baht (RM273,688).

Oleh itu, kita mungkin boleh jangkakan bahawa V60 ini akan dijual lebih mahal berbanding S60 pasaran Malaysia. Peminat-peminat model ‘bumbung panjang’ diluar sana macam mana Teruja dengan berita ini?


























































































The post VCM siar <em>teaser</em> Volvo V60 – wagon Recharge T8 PHEV ini akan dilancarkan di Malaysia, CKD tak lama lagi? appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Latest news
- Advertisement -
Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here