Isuzu tak mahu ketinggalan dalam perlumbaan penawaran segmen trak pikap yang mensasarkan penggunaan lebih kepada gaya hidup berbanding sebagai jentera kerja belasahan. Ini dapat dilihat pada varian D-Max 3.0L X-Terrain 4×4 AT yang ada dalam pasaran ketika ini.
Rekaannya kini kurang berpetak-petak dan lebih menarik, enjin jimat dengan penambahbaikan, ruang kabin ala SUV, kelengkapan keselamatan ADAS lengkap yang mengkagumkan — semua ini menjadi kelebihannya. Tetapi, pesaing lain juga ada yang menggunakan pendekatan yang sama. Bagaimana D-Max X-Terrain ini berbeza daripada pesaing lain?
Itu yang kami soroti dalam video kali ini. Adakah ia mampu menjadi pilihan bagi segmennya Atau, adakah harga yang diletak itu terlalu tinggi berbanding apa yang diberikan dari segi spesifikasi? Hanya ada satu perkara yang sudah terbukti bila bercakap tentang D-Max; ia memang lasak dan tahan lama, boleh digunakan tanpa banyak soal, untuk tujuan apa sekali pun, asalkan masuk akal!
The post VIDEO: Isuzu D-Max 3.0L X-Terrain 4×4 AT — mampu tandingi saingan segmen trak pikap gaya hidup? appeared first on Paul Tan’s Automotive News.
