Semua stesen LRT, MRT, Monorel di KL ditutup esok jam 7 pagi-3 petang atas permintaan polis – Rapid KL

0
154

Rapid KL telah mengesahkan semua stesen LRT, MRT dan Monorel di ibu kota Kuala Lumpur akan ditutup esok (22 Januari) dari jam 7 pagi hingga 3 petang. Ia adalah “atas nasihat PDRM untuk keselamatan awam”.

Ini berikutan ada pihak yang mahu menganjurkan protes di sekitar KL bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap dan SPRM dirombak.

Menurut pengumuman Rapid KL, bagi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, tren tidak akan berhenti di stesen Pudu, Hang Tuah, Plaza Rakyat, Masjid Jamek, Bandaraya dan Sultan Ismail. Manakala untuk LRT Laluan Kelana Jaya, tren tidak akan berhenti di stesen Pasar Seni, Dang Wangi, Masjid Jamek dan Kg Baru.

Bagi MRT pula, stesen di Pasar Seni, Bukit Bintang dan Merdeka akan ditutup. Manakala semua stesen Monorel pula akan ditutup dari jam 7 pagi hingga 3 petang esok. Lain-lain stesen yang tidak disebut akan dibuka seperti biasa. Jadi, jika esok anda hendak ke mana-mana dengan menggunakan perkhidmatan LRT, dan MRT, sila rancang perjalanan anda sebaik mungkin dan kekal selamat.

The post Semua stesen LRT, MRT, Monorel di KL ditutup esok jam 7 pagi-3 petang atas permintaan polis – Rapid KL appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here