12.4 C
London
Monday, May 23, 2022

Puspakom umum beberapa cawangan terpilih bakal beroperasi pada hari Sabtu, 26 Feb 2022

- Advertisement -
- Advertisement -spot_img

Puspakom telah mengumumkan beberapa cawangannya akan beroperasi pada esok, 26 Februari 2022.Cawangan terbabit akan dibuka untuk semua perkhidmatan pemeriksaan mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Ia melibatkan cawangan Wangsa Maju, Cheras dan Taman Bukit Maluri (Kepong) di Kuala Lumpur; Shah Alam, Padang Jawa, Glenmarie, Petaling Jaya, Banting, Bangi dan Pandan Mewah di Selangor; Mak Mandin di Pulau Pinang; Gopeng di Perak; Seremban di Negeri Sembilan; serta Johor Bahru dan Pasir Gudang di Johor.

Walau pun pertambahan waktu operasi itu diumumkan pada saat akhir, namun seperti biasa, semua pelanggan diwajibkan membuat temujanji melalui MyPUSPAKOM sebelum hadir pemeriksaan, bermakna tiada kunjungan secara walk-in dibenarkan.

Sementara itu, Puspakom Senai di Johor, yang sebelum ini dilaporkan tutup mulai 14 Februari untuk proses proses disinfeksi dan sanitasi, kini telah pun kembali beroperasi sejak 20 Februari lalu.

The post Puspakom umum beberapa cawangan terpilih bakal beroperasi pada hari Sabtu, 26 Feb 2022 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Latest news
- Advertisement -
Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here